Hiburan Sensasi Terkini

Che Ta Bercuti Ke London Tanpa Zain Saidin?

Awatnya hangpa pergi bercuti tak bawa suami? Kata pasangan belangkas romantik gitu. Hahaha..selamat bercuti diucapkan buat pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Kali ini Che Ta memilih London sekali lagi sebagai destinasi percutian. Malah, percutian ini adalah sempena hari lahirnya yang jatuh pada setiap 9 Mac. Dalam Instagramnya, Che Ta telah memuat naik pemergiannya ke sana bersama anak-anak.

Dia turut menjelaskan agak berasa sedih kerana suami tercinta, Zain Saidin tidak dapat turut serta kali ini kerana tuntutan kerja.

Oleh kerana sudah merangcang awal untuk menyambut hari lahir di sana, nak tak nak dia terpaksa pergi juga walaupun tanpa suami di sisi.

Apa salahnya sekali sekala berjauhan dengan suami. Cara itu akan mendatangkan rasa rindu yang mendalam. Lagi pun bukan saja-saja Zain tak ikut kan. Inilah masanya Che Ta menghabiskan masa bersama anak-anak jauh di negara orang.

Bertuahnya jadi anak Che Ta. Setiap bulan pasti akan pergi bercuti dan melawat tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Eh, hari lahir ke berapa agaknya Che Ta kan? Wah, rupa-rupanya Che Ta bakal menyambut hari lahir yang ke-44! Walaupun sudah berusia 44 tahun namun Che Ta tetap kelihatan semakin jelita. Apapun kami di sini ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Che Ta.-KLICK.MY

Tag