Hiburan

Che Ta Ajar Teknik Hentakan Tumit Tinggi Kepada Intan Liana

AMBOI, bukan main tinggi lagi teknik yang diberikan oleh pelakon jelita, Rozita Che Wan kepada bekas madu Izreen Azminda, Intan Liana sekiranya ada orang yang mengganggunya!

Sedia maklum, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta memang sejak dulu lagi lantang bersuara terutamanya dalam hal rumah tangga dan wanita.

Semalam menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta mendoakan agar Intan sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat bertemu jodoh yang baik pada masa depan.

“Kepada Intan, kami doakan hampa dimurahkan rezeki serta dilimpahkan rahmat seluasnya.

“Semoga dapat jodoh yang terbaik, terhensem, terkaya dan sayang awak sampai Jannah,” tulisnya.

Malah, Che Ta juga sempat memberi tip kepada Intan untuk berdepan dengan pihak yang suka menganggunya.

“Ingat teknik hentakan tumit tinggi serta tapak kaki kalau ada sesiapa cuba kacau hak hampa.

“Yang penting, kita reda. Bila kita reda Allah akan tambah nikmat,” katanya.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar Intan dapat bertemu pengganti yang lebih baik selepas ini.

Krisis rumah tangga Intan dan Ude terlerai selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada 22 Mac lalu.  –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.