Jenayah Luar Negara Terkini

Cemburu, Wanita Dibakar Hidup-Hidup Oleh Bekas Suami

SEORANG wanita menerima nasib malang apabila dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki dipercayai bekas suaminya kerana cemburu.

Kejadian berlaku di Kampung Limusnunggal, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat beberapa hari lalu.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami penderitaan kerana tubuhnya itu terbakar dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Menurut saksi, kejadian ini dianggarkan berlaku pada jam 11.00 pagi di mana wanita terbabit telah didatangi oleh suspek ketika mangsa dikatakan berada di rumahnya.

Suspek dikatakan telah mengetuk pintu rumah mangsa berulang kali dan turut menjerit memanggil mangsa supaya keluar berhadapan dengannya.

Namun, mangsa tidak mengendahkan panggilan itu lalu suspek terus bertindak menyimbah minyak di kawasan rumah dan terus membakarnya.

Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, mangsa berusaha sedaya-upaya menjerit meminta tolong sehingga orang kampung terbabit bertindak pantas untuk memadamkan api yang sedang marak itu.

Bagaimana pun, suspek dikatakan telah melarikan diri sebaik sahaja melihat orang kampung mula menghampiri tempat kejadian.

Setelah kebakaran tersebut berjaya dipadam, penduduk kampung terus membawa mangsa ke Hospital Umum Mary Cileungsi untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan telah mengalami kebakaran yang teruk di mana hampir 80% badannya telah terbakar.

Sementara itu, menurut pihak polis mereka sedang mengesan suspek. –KLICK.MY