Terkini Viral

Kerana Payudara Mak Nyah, Restoran Disaman RM5.9 Juta

GARA-GARA makan di restoran yang menghiburkan pelanggan dengan persembahan mak nyah, seorang wanita mendakwa kepalanya sakit terkena payudara ketika makan malam di situ.

Neldin Molina dari Florida, Amerika Syarikat memfailkan saman AS$1.5 juta (RM5.86 juta) terhadap Hamburger Mary’s du Tampa atas alasan mengalami kemalangan ketika meraikan hari jadi rakannya pada 30 Mei 2015.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, Molina menyatakan dia sedang makan apabila alunan muzik bermula dan pelanggan bertepuk tangan selepas ratu mak nyah diumumkan akan membuat persembahan.

Selepas beberapa ketika, penghibur mak nyah yang dikenali sebagai Amanda D’Hod pergi dari meja ke meja tetapi Molina tidak mengendahkan kehadirannya.

D’Hod kemudiannya didakwa telah berpatah balik sebelum “menyambar” kepala Molina dan mengoyang-goyangkan payudaranya ke wajah dan kepala wanita itu sebanyak lapan kali.

Susulan insiden itu, Molina membuat aduan kepada pengurus restoran mendakwa dia mengalami sakit yang “mengazabkan”.

Dia juga mendakwa terpaksa ke bahagian kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan bagi sakit kepala yang teramat sangat selain mengalami sakit di bahagian serviks yang teruk.

Justeru, saman yang dikemukakannya adalah bagi membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental.

Dalam samannya Molina turut mendakwa pihak restoran gagal memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang risiko bahaya yang mungkin dihadapi ketika makan di restoran berkenaan.

Menurut laporan Orlando Sentinel, restoran berkenaan memang cukup popular dengan persembahan mak nyah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.