Hiburan

Cedera Di Muka, Minho (SHINee) Dikejarkan Ke Hospital

SALAH seorang anggota kumpulan SHINee iaitu Minho dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Jangsari 9.15.

Minho mengalami kecederaan pada bahagian mukanya selepas terkena serpihan benda asing ketika melakonkah salah satu babak dalam filem tersebut.

“Akibat kejadian itu, bahagian kiri wajahnya cedera apabila terkena serpihan benda asing daripada peralatan kesan khas ketika penggambaran,” kata wakil penyanyi itu.

Tambah wakil tersebut, Minho berada dalam keadaan baik namun kecederaan itu akan mengambil masa untuk pulih.

“Kebetulan penggambaran filem itu selesai sebelum memasuki ke set baru di tempat lain jadi Minho dapat berehat sementara kecederaannya pulih.

“Dia akan kembali ke set untuk menyambung lakonannya dalam masa beberapa hari lagi,” ujarnya. –KLICK.MY