Hiburan Sensasi Terkini

Catriona Ross Terkejut Dengar Suara Wanita Berniqab Di Sebelahnya

SEMALAM pelakon Catriona Ross memuat naik sekeping gambar dia dan seorang wanita berniqab ketika menghadiri rancangan Gema Gegar Vaganza musim ke-2 (GGV2) di Instagram.

Menurut Catriona, pada mulanya dia tidak mengenali wanita berniqab itu kerana tidak dapat melihat wajahnya.

Catriona bergambar bersama juri tetap GGV2, Okisetianadewi.

Namun setelah mendengar suara wanita tersebut, dia terkejut dan terus dapat mengecam siapakah gerangannya.

Rupa-rupanya wanita yang duduk di sebelahnya adalah penyanyi yang pernah popular satu ketika dulu iaitu Waheeda Wassini.

“Saya tiba di GGV dan duduk di kerusi saya. Beberapa minit kemudian, terdengar suara yang biasa saya dengar.

“Saya memandangnya dan terus dapat mengecam dia ialah Waheeda Wassini. Rindu, kali terakhir kami berbual lebih 10 tahun dulu,” tulisnya.

Waheeda atau nama penuhnya Norwahidah binti Abdul Wahab mula berniqab sebaik mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy pada 6 Ogos 2009.

Waheeda turut mengambil keputusan meninggalkan dunia seni yang diceburinya selepas itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen