Hiburan Terkini

Cara Sharifah Sakinah Ceriakan Anaknya Yang Sakit Dipuji Netizen

BARU-BARU ini pelakon Sharifah Sakinah berkongsi video di Instagram menunjukkan aksinya menghibur dan menceriakan anaknya Anais Adha yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerana kurang sihat.

Ramai peminat yang memuji dan terhibur dengan telatah pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu yang melakukan pelbagai cara seperti seorang “badut” hingga berjaya membuatkan anaknya ketawa.

Hari ni tema hospital 1950. Esok 70s

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Yay anais dah ketawa ?‍♀️?‍♀️?‍♀️ @bugaboostrollers

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Ada yang berpendapat Anais amat bertuah memiliki ibu yang bersifat “gila-gila” kerana karakter sebegitu penting ketika menjaga dan menghiburkan anak yang sakit.

Menambahkan lucu, kakak Sakinah iaitu Sharifah Shahirah turut meninggalkan komen supaya Sakinah pergi ke wad kanak-kanak lain dan menjadi badut di sana pula.

Tidak dinafikan menjaga anak kecil yang sakit amat menuntut kecekalan dan kesabaran tinggi ibu bapa kerana mereka masih tidak faham erti sakit dan akan jadi lebih manja, selain sering menangis kerana rasa tak selesa. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen