Sensasi Viral

Caj RM1 Buat Wanita Ini Panas Hati

Inilah kalau hidup tak pernah bersyukur. Setakat RM1.00 seorang wanita memuat naik resit bayaran di klinik kerajaan sebagai tanda tidak puas hati.

Mungkin niatnya untuk meraih simpati dan sokongan netizen tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia dihentam teruk dan rata-rata netizen menganggap dia seorang yang tidak tahu bersyukur.

Kisahnya apabila dia mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk menimbang berat anaknya. Caj yang dikenakan membuatkan dia terkejut kerana sebelum ini tiada caj yang dikenakan untuk tujuan tersebut.

Akak pun sama bukan untuk orang lain pun untuk anak sendiri juga. Tak usahlah berkira sangat. Apa yang penting anak akak dalam keadaan sihat.

Lain kali kalau nak naikkan status di laman sosial kena fikir dulu lebih-lebih lagi kalau perkara itu sensitife. Bukan apa sekarang ini ia mudah menjadi tular. Dah tak pasal-pasal kena kutuk dan kritik.-KLICK.MY

Save

Tag