Terkini Viral

Butik Gagal Siapkan Busana Pengantin Diterjah Pelanggan

 

BUKANLAH cerita baru sebenarnya mendengar butik pengantin atau perancang perkahwinan melakukan kesalahan menipu pelanggan.

Tapi bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Setiap kali musim perkahwinan, ada saja cerita sebegini keluar.

Terbaharu tular di laman sosial video sebuah butik pengantin di Kedah yang gagal menyiapkan baju pengantin diterjah oleh pelanggan yang berang.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook Dayangku Anne dengan tajuk ‘Nak Sanding Baju Tak Siap’.

Dalam posting tersebut Dayangku Anne menceritakan bahawa baju yang ditempah oleh keluarga pengantin gagal disiapkan.

Malangnya pihak butik hanya memaklumkan hal tersebut pada waktu malam membuatkan tidak ada alternatif lain boleh dilakukan kerana kesemua butik lain sudahpun ditutup.

Pelamin yang dipasang juga tidak seperti yang ditunjukkan dan dipersetujui.

Pelamin yang dijanjikan
Pelamin yang dipasang.

Lebih menyakitkan hati, pihak butik mengeluarkan kata-kata kasar sedangkan mereka yang bersalah. Mereka juga dikatakan cuba mengugut pelanggan yang datang menuntut hak.

Berdasarkan video, dapat dilihat berlaku pertengkaran di antara kedua-dua belah pihak. Masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing.

Keadaan jadi semakin tegang apabila seorang lelaki berbaju merah dilihat tidak dapat menahan kemarahan lalu menengking serta menghalau pelanggan tersebut.

PART 1

Posted by DayangKu Anne on 2hb Disember 2017

Pihak keluarga pengantin berkeras mahu melihat baju seperti yang dijanjikan namun pihak butik seakan-akan tidak mempedulikannya.

Dalam sebuah video lain, kelihatan pula pekerja baru hendak memasang manik pada pakaian yang ditempah.

Nak Sanding Baju x Siap #Part3KauRasa!!!!! #bru nak letak manik#PartIII

Posted by DayangKu Anne on 2hb Disember 2017

Tidak diketahui apakah kesudahannya namun difahamkan pihak pengantin akan membuat laporan dan aduan kepada pihak polis dan tribunal pengguna. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen