Sensasi Terkini Viral

Bunga Ungu Di Facebook Tanda Syukur Sempena Hari Ibu?

Beberapa bulan yang lalu burung ungu menjadi ‘kegilaan’ pengguna Facebook, namun kini bunga ungu pula mengambil alih.

Rata-rata pengguna Facebook begitu teruja menggunakan bunga ungu tersebut untuk menyatakan rasa bersyukur. Penggunaan bunga ungu itu boleh didapati di tempat anda biasa tekan ‘like’ dan emoji.

 

Namun, bunga ungu tersebut dikatakan hanya sementara sahaja sempena Hari Ibu yang bakal disambut pada 14 Mei ini. Selepas berakhirnya Hari Ibu, bunga ungu ini juga akan hilang.

Pelbagai cara Facebook lakukan untuk menarik perhatian pengguna dan selalunya ia berkesan dan membuatkan pengguna media sosial tersebut berasa teruja untuk mencubanya.

Apa-apapun, kami di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan bagi mereka yang masih ada ibu, jangan lupa selalulah hubungi dan jenguk ibu anda di kampung.

Jom kita cuba!-KLICK.MY