Semasa

Buku Seks Kanak-Kanak Indonesia Ditarik Balik!

Sebuah buku cerita kanak-kanak Indonesia berjudul ‘Aku Belajar Mengendalikan Diri’ karya Fita Chakra ditarik balik penjualannya kerana menjadi kontroversi di media sosial. Kandungan buku itu seakan-akan mengajar kanak-kanak beronani.

Buku terbitan Tiga Ananda ini menjadi isu hebat dalam kalangan pembaca terutamanya ibu bapa. Kandungannya  seolah-olah mengajar kanak-kanak melakukan seks oral.

Pendidikan seks sememangnya disyorkan untuk diajar kepada kanak-kanak tetapi dengan cara yang betul. Jika kanak-kanak membaca buku seperti ini sudah tentu sifat ingin tahu yang ada dalam diri membuat mereka begitu tertarik untuk mencuba.

Namun begitu, setelah disuarakan oleh beberapa pihak, penerbit buku ini menarik balik penjualan buku dan memohon maaf.

Fuhh, berdebar rasanya.-KLICK.MY