Hiburan Sensasi Terkini

Buku Kontroversi Fattah Amin Dianugerahkan Buku Paling Popular

Tahniah diucapkan kepada pelakon popular, Fattah Amin kerana berjaya meraih kemenangan di Anugerah Buku Negara 2017.

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menimbulkan kontroversi sebelum ini akhirnya berjaya meraih kategori Buku Popular.

Malah Fattah sendiri tidak menyangka buku yang menerima pelbagai kritikan itu berjaya dinobatkan sebagai buku paling popular pada anugerah yang telah diadakan pada malam semalam.

Pelakon Suri Hati Mr Pilot ini bersyukur kerana sejak dikeluarkan ia sudah terjual sebanyak 5,000 naskah. Boleh dikatakan kejayaan buku tersebut adalah disebabkan kontroversi yang melanda.

Bertuah Fattah kerana di sebalik kutukan yang diterima ada hikmah di sebaliknya. Malah dia merupakan artis pertama menerima anugerah di acara yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku.

Berikut kejayaan buku tersebut, Fattah bercadang mahu menerbitkan buku berkenaan dalam versi Bahasa Inggeris pula.

Salah satu petikan daripada buku yang menjadi tular di laman sosial dan dipersendakan ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan”.

Sementara itu, Fattah berkata, dalam perkembangan yang sama, dia baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir pada Sabtu lalu.-KLICK.MY

Sumber: mStar Online