Hiburan Sensasi Terkini

Perlekeh Jenama Telefon Bimbit Perbuatan Tak Matang – Janna Nick

BARU-BARU ini Instafamous, Ameera Khan dikecam netizen gara-gara memuat naik video menunjukkan dirinya memperlekehkan sebuah jenama apabila diminta memilih antara dua produk telefon pintar terkemuka di pasaran.

Berkaitan: Netizen Geram Adik Neelofa Perlekehkan Jenama Samsung

Susulan itu, Ameera atau lebih dikenali sebagai ‘Little Miss Khan’ sendiri telahpun mengakui kesilapannya tidak berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan disebabkan terlalu selesa di hadapan kamera dan orang yang berada di sekitarnya ketika itu.

Isu tersebut mendapat perhatian pelakon popular, Janna Nick.

Janna seperti dilaporkan BH Online, menyifatkan tindakan Instafamous tersebut sebagai perbuatan yang tidak matang.

Janna ditemui pada majlis memperkenalkan jenama telefon pintar Vivo 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Janna yang juga duta kepada sebuah jenama telefon keluaran China berkata, perbandingan sedemikian juga tidak sepatutnya berlaku kerana setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih peranti yang ingin mereka gunakan.

“Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk.

“Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama,” katanya.

Bagaimanapun tambah Janna, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana pandangan yang dikeluarkan individu terbabit lebih bersifat peribadi. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen