Sensasi Terkini

Budak 4 Tahun Terpaksa Dibedah, Gelang Getah Tertanam Dalam Kulit

KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas doktor mendapati getah yang dipakai sejak beberapa bulan lalu, tertanam di dalam kulitnya.

Kejadian yang berlaku di Beijing, China itu disedari datuk dan nenek budak terbabit selepas melihat lengan cucu mereka kelihatan bengkak awal tahun ini, lapor portal Hangzhou.com.

Kanak-kanak dengan nama samaran Le Le itu turut mengadu sakit selain kebas di tangannya.

Dia dikatakan memakai getah itu di lengannya terlalu lama hingga menyebabkan daging terbentuk dan membalut di sekeliling getah berkenaan.

Doktor di Hospital Kanak-kanak Zhejiang melakukan pembedahan selama 30 minit bagi mengeluarkan getah berkenaan.

Dr Ye Ye Wensong memberitahu portal The Paper, ianya kali pertama beliau berdepan dengan kes sebegini sepanjang tempoh 20 tahun kerjayanya. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.