Sensasi Terkini Viral

Budak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

Kanak-kanak ini pernah menggemparkan dunia apabila gambarnya menghisap rokok pada usia dua tahun tersebar.

Walaupun baru berusia dua tahun, dia sudah ketagih menghisap rokok. Kanak-kanak bernama Ardi Rizal ini dilaporkan menghisap 40 batang rokok sehari selepas bapanya memberinya rokok pertama pada usia 18 bulan.

Ardi yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Sumatera diletakkan di bawah pemerhatian pakar secara intensif selepas kerajaan campur tangan.

Keluarga dan komuniti di kampung itu juga disiasat oleh Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Pemerkasaan Wanita tetapi Ardi dibenarkan tinggal bersama mereka.

Selepas menjalani rawatan, kanak-kanak itu akhirnya berjaya meninggalkan tabiat merokok tetapi pada usia lima tahun dia mula ketagih kepada makanan.

Sejak itu berat badan Ardi meningkat mendadak dan hampir mencecah 23 kilogram.

Dalam gambar terbarunya, Ardi yang kini berusia sembilan tahun berjaya mengawal berat badannya dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ibunya berkata, Ardi kini mengambil makanan sihat seperti ikan segar, buah-buahan dan sayuran.

Malah, dia juga salah seorang pelajar pintar di sekolah. Syabas buat adik Ardi kerana berjaya mengubah kehidupannnya!-KLICK.M