Jenayah Luar Negara Terkini

Budak 8 Tahun Diberi Ubat Pelali Sebelum Dirogol, Dibunuh 6 Lelaki

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diberi ubat pelali sebelum diperkosa berulang kali oleh enam lelaki, yang kemudian menghentak kepala mangsa dengan batu sehingga maut. 

Dilaporkan pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano yang tinggal di daerah Jammu di India, tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.

Hanya lima hari kemudian, mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.

Berdasarkan siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan diperkosa berulang kali.

Kanak-kanak itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut sebelum mayatnya dibuang.

Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas, Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur dan anaknya sendiri, Vishal Jangotra.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat Islam Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen