Sensasi Terkini Viral

Buaya Dibawa Keliling Bandar Untuk Lariskan Perniagaan Sate Buaya

Masyarakat Cina di China memang terkenal dengan keunikan makanan mereka. Malah mereka begitu menggemari makanan eksotik dan sering dimakan sebagai ubat tenaga dalaman.

Sekiranya anda pernah berkunjung ke China, jangan terkejut melihat deretan gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan eksotik.

Antara makan eksotik yang dijual ialah sate daging buaya. Namun, sejak kebelakangan ini sate buaya kurang mendapat sambutan di wilayah Shenyang.

Justeru, seorang peniaga sate buaya bertindak untuk menyelamatkan perniagaannya dengan idea yang unik.

Bagi menarik minat orang ramai untuk membeli sate buaya, dia telah membawa keluar seekor buaya yang bersaiz kecil berjalan-jalan sekitar bandar Shenyang.

Namun buaya tersebut diikat mulutnya agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang ramai. Kemudian dia memasang abah-abah di badan buaya seolah-olah seperti seekor anjing.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memberitahu kepada orang ramai tentang sate buaya yang dijualnya. Malah dia juga berharap caranya itu akan mengembalikan selera orang ramai terhadap daging buaya.

Tindakannya itu menarik perhatian dan tumpuan orang ramai. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan bergambar bersama buaya tersebut.

Walaupun cara peniaga ini kelihatan kejam terhadap pemangsa prasejarah ini, sekurang-kurangnya ia kelihatan lebih baik daripada peniaga-peniaga lain yang bertindak memotong buaya yang dijual di khalayak ramai.

Menjual daging buaya adalah sah di sisi undang-undang China. Namun, sanggupkah anda memakan daging buaya? Bagi yang beragama Islam, sudah tentu ia haram. –KLICK.MY