Luar Negara Selebriti Terkini

Brad Pitt Jalin Hubungan Dengan Arkitek Selepas 2 Tahun Hidup Solo

BEKAS suami Angelina Jolie, Brad Pitt dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang arkitek yang juga profesor di sebuah universiti dikenali sebagai Neri Oxman.

Menurut laporan media, pasangan itu sudah menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu dan Brad dilihat pernah melawat ke tempat kerja Neri, 42, apabila wanita itu memuat naik gambar pelakon berkenaan bersama pelajarnya di Instagram.

Sumber mendedahkan Brad, 54, mengenali Neri selepas mereka berkolaborasi untuk sebuah projek berhubung hartanah dan seni bina yang sedang diusahakannya.

Rakan sekerja Neri menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang pintar dan menawan.

Brad kembali solo selepas mengambil keputusan berpisah dengan aktres Angelina Jolie pada September 2016 dan kini sedang dalam proses perceraian.

Brad dan Angelina mempunyai enam orang anak iaitu Maddox, 16, Zahara, 13, Pax, 14, Shiloh, 11 dan pasangan kembar Knox dan vivienne, 9 tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.