Gaya Hidup Terkini

Borang Mohon Kerja Pengasas Bersama Apple, Steve Jobs Dilelong

SIAPA tidak kenal pengasas bersama syarikat gergasi Apple yang mengeluarkan telefon bimbit iPhone dan gajet popular lain di zaman ini, Steve Jobs bukan?

Jobs meninggal dunia pada 2011 akibat barah ketika berumur 56 tahun namun nama dan legasi ditinggalkannya tetap dikenang selama-lamanya.

Baru-baru ini, borang permohonan kerja atau resume yang diisi oleh beliau pada 1973 diumumkan bakal dijual pada harga AS$50,000 (RM195,925) pada satu acara lelongan.

Jobs mengisi borang permohonan tersebut tiga tahun sebelum beliau menubuhkan syarikat terkemuka Apple.

Dalam borang yang mempunyai kesalahan ejaan itu, Jobs menyatakan mempunyai kemahiran elektronik dan ‘memahami’ komputer.

Pereka iPhone itu turut menulis ‘tiada’ pada soalan yang menanyakan nombor telefon untuk dihubungi.

Walau bagaimanapun tidak diketahui jawatan apakah yang dipohon oleh Jobs ketika itu.

Terdapat beberapa item lain yang bakal dilelong selain resume Jobs pada 8 Mac hingga 15 Mac ini oleh RR Auction di Boston, Massachusetts antaranya sekeping gambar bertandatangan John Lennon dan Yoko Ono pada 1977 di Tokyo. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.