Hiburan Terkini

‘Bomoh Tu Apa? Saya Tak Kenal Bomoh-Bomoh Ni’ – Fatin Afeefa

SUSULAN dakwaan pelakon Adam Shahz bahawa bekas isterinya pelakon Fatin Afeefa pernah melakukan sihir ke atasnya, Fatin tampil menafikan hal itu.

Menurutnya dia amat sibuk dengan kerja sekarang dan tidak kenal dengan mana-mana bomoh.

“Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

“Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu,” ujarnya kepada¬†mStar Online.

Adam mendakwa dia pernah disihir oleh bekas isteri selain menjumpai beberapa barang pelik di dalam but kereta ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Berkaitan: Pelakon Juvana, Adam Shahz Dakwa Dibomoh Bekas Isteri

Menjawab kepada mStar Online, Adam berkata dia mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan dibuat terhadap Fatin.

“Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta,” ujarnya.

Image result for adam shahz

Adam turut menafikan dia masih menganggu bekas isterinya itu biarpun selepas lapan bulan berpisah.

Apapun, nasihat kami usahlah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang, kalian berdua pernah mencintai satu sama lain malah dikurniakan dua zuriat.

Hormat diri sendiri, hormati orang lain dan anak-anak yang masih kecil, semoga segalanya berakhir dengan baik. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.