Luar Negara

Bomoh Culik Remaja 13 Tahun Untuk Dijadikan Gundik Jin

IBARAT sebuah filem seram, seorang bomoh di Sulawesi, Indonesia menculik remaja berusia 13 tahun dan menyembunyikannya di celah batu besar untuk dijadikan gundik jin selama 15 tahun.

Bomoh tersebut kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Kini mangsa yang dikenali sebagai Hasni telah pun berusia 28 tahun ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh berkenaan.

Mangsa telah ditemui di Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah pada Ahad yang lalu selepas 15 tahun di sembunyikan di situ.

Menurut pihak polis, Hasni telah ditemui di situ selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung anak mereka yang telah diculik sejak 15 tahun yang lalu.

Keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas mendakwa telah menerima maklumat bahawa wanita tersebut telah disembunyikan oleh seorang dukun yang dikenali sebagai Jago, 83 tahun di Desa Bajugan.

Bomoh Jago

Menurut jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy memberitahu bahawa beberapa anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian yang turut dibantu oleh penduduk kampung untuk melakukan pencarian di rumah dukun tersebut.

Hasil pencarian mereka telah menemui mangsa yang disembunyikan oleh dukun tersebut di celah batu besar yang terletak di belakang kediamannya.

Susulan penemuan mangsa culik berkenaan, pihak polis telah menangkap bomoh berkenaan.

Setelah disoal siasat, bomoh tersebut telah mengaku menculik wanita itu untuk tujuan dijadikan alat bagi memanggil dan menjadi gundik kepada jin. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.