Terkini Viral

Blogger Wanita Diserbu 3,000 Lelaki Tagih Seks Percuma

SEORANG blogger wanita ketakutan apabila 3,000 lelaki menyerbu hotel penginapannya di Pulau Hainan, Beijing, China untuk mencarinya selepas dia membuat tawaran perkhidmatan seks percuma di media sosial.

Wanita itu berkata niatnya hanya untuk mendapat ramai pengikut di laman web Weibo (Twitter versi China) namun tidak sangka ramai yang serius dan mahu menuntut janjinya itu.

Dia terpaksa memuat naik status baru bagi menjelaskan dia hanya bergurau dan merayu orang ramai agar tidak mencarinya lagi.

The 19-year-old then explained it was just a joke and asked web users to stop sharing the post

Susulan kekecohan itu, polis menahan blogger dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan dari hotel kerana mengesyaki dia mengiklankan khidmat pelacuran.

Daily Mail yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, Pulau Hainan di selatan China.

Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu berbunyi: “Siapa mahu mendapatkan seks secara percuma jumpa saya”.

Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.

Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel.

She then posts online to beg web users to stop sharing her post and said it was just a joke

Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.

Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar sebelum menaiki teksi ke lapangan terbang.

Double Tree by Hilton at Haitang Bay, Sanya, reported the incident to local police 

Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .

Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan. –LUBUKCERITA

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.