Sensasi Terkini Viral

Blogger Menari Ghairah Majlis Naelofar Hijab Mohon Maaf

AKSI wanita bertudung menari ghairah di majlis pelancaran tudung Naelofar Hijab menjadi salah satu faktor pelakon Neelofa dikecam teruk selain pemilihan The Zouk sebagai lokasi.

Video itu dimuat naik di Instagram dan menjadi viral sehingga mendapat banyak kecaman netizen yang terkejut melihat aksi kurang sopan itu.

Berkaitan: Neelofa Ada Alasan Pilih Kelab Malam Lancar Koleksi Tudung

Susulan itu wanita berkenaan yang merupakan seorang blogger dan personaliti Youtube popular, Nisa Kay tampil memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya pada malam tersebut.

Menurut laporan mStar, Nisa mengakui dia tidak seharusnya berkelakuan demikian lebih-lebih lagi kerana dia memakai hijab.

“Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.

“Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” ujarnya kepada mStar.

Tidak menyangka video tersebut akan tular, dia juga akui lalai dan lupa siapa dirinya ketika itu.

“Suasana dan muzik yang meriah mungkin buat saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana.

“Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” ujarnya lagi.

Seharusnya setiap yang berbuat salah menyedari dan mengakui kesilapan dan bertaubat. Namun Neelofa nampaknya masih belum mengungkapkan perkataan maaf setakat artikel ini ditulis.

Malah menurut Harian Metro, Neelofa dalam kenyataan terbaharunya di program MeleTOP masih mempertahankan tindakan menganjurkan acara itu di premis berkenaan.

Neelofa yang dihubungi MeleTOP menerusi panggilan telefon berkata yang bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.

“Siapa yang tak datang saja yang kecoh tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya kepada hos Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.