Gaya Hidup Terkini

Bisnes ‘Suami & Tetamu Upahan’ Di Majlis Kahwin Semakin Laris

PERMINTAAN terhadap suami, keluarga dan tetamu upahan dalam sesebuah majlis perkahwinan kini mendapat permintaan tinggi di Vietnam.

Cinta terlarang dan hamil luar nikah antara sebab-sebab utama pelanggan sanggup membayar khidmat keluarga dan tetamu upahan dengan bayaran antara RM5,865 dan RM17,200.

Bagi wanita yang hamil luar nikah, mereka juga boleh meminta pasangan pengantin lelaki upahan di majlis perkahwinan palsu mereka.

Ia mungkin pelik, namun perkhidmatan itu semakin mendapat tempat di Vietnam.

Sebuah syarikat mengakui sudah mengadakan ribuan majlis perkahwinan palsu setiap tahun.

Image result for vinamost wedding fake

Seorang wanita dikenali sebagai Kha turut mendapatkan suami upahan daripada perkhidmatan itu bagi mengelak tekanan keluarga dan masyarakat kerana hamil luar nikah.

“Ibu bapa saya orang pertama akan menanggung malu jika mendapati saya hamil tanpa suami,” katanya yang dikenakan bayaran AS$1,500 (RM5,865).

Walaupun perkahwinan itu adalah pura-pura dan tidak sah dari segi undang-undang, menurut Kha dia tidak kisah, malah bersyukur dengan adanya perkhidmatan seumpama itu.

“Saya sudah tidak tahu apa lagi boleh dilakukan namun bernasib baik ada pilihan seperti ini,” katanya.

Perkahwinan Kha dilakukan secara rahsia dan dia merancang untuk memaklumkan kepada keluarga dia sudah diceraikan suami memandangkan status janda lebih baik daripada hamil luar nikah.

Image result for vinamost wedding fake

Lebih separuh daripada 93 juta populasi penduduk di Vietnam adalah golongan muda berusia bawah 30-an yang memilih untuk meninggalkan cara hidup konservatif lalu tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan.

Satu lagi pasangan, Huong dan teman lelakinya, Quan menggunakan perkhidmatan itu kerana hubungan mereka dihalang keluarga.

Huong tidak diterima keluarga teman lelaki kerana latar belakang miskin, lalu mendorong mereka mengambil tetamu upahan bagi menghadiri majlis perkahwinan.

Mereka kemudian mengadakan majlis perkahwinan dengan tetamu yang datang terdiri daripada jemputan sebenar, kecuali ibu bapa dan saudara mara belah pengantin perempuan. –KLICK.MY

Sumber: AFP

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.