Luar Negara Terkini

Bimbang Beg Tangan Dicuri, Wanita Masuk Mesin Pengimbas X-Ray

SEORANG wanita bertindak bodoh apabila memasuki mesin pengimbas X-ray di stesen kereta api hanya kerana bimbang beg tangannya dicuri.

Tindakan wanita tersebut membuatkan anggota keselamatan yang memantau skrin imbasan X-ray terkejut besar.

Insiden pelik ini berlaku pada 11 Februari lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.

Imej yang dirakam menunjukkan seorang penumpang wanita yang masih memakai kasut tumit tinggi, dalam keadaan berlutut di trek barang yang menjalani pemeriksaan imbasan.

Rakaman video turut menunjukkan wanita berkenaan memanjat keluar dari mesin X-ray selepas itu.

Dia kemudian memeriksa beg tangan dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.