Sensasi Terkini Viral

Biadap, Penumpang Warga Emas Tabur Kulit Kuaci Dalam Keretapi

Rakyat di negara China sememangnya terkenal dengan kelakuan mereka yang pelik dan adakalanya biadap ketika menaiki kenderaan awam.

Mereka sering kali mencetuskan kekecohan di dalam kenderaan awam sama ada kapal terbang, keretapi atau bas.

Baru-baru ini perangai pelik seorang warga emas lelaki menjadi tular di China selepas videonya membuang sesuatu yang dipercayai kulit kuaci di dalam gerabak keretapi laju.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita yang bertugas sedang menyapu sesuatu yang tumpah di lantai.

Dikhabarkan sampah yang bertaburan di atas lantai itu adalah kulit kuaci yang dibuang oleh warga emas tersebut. Kelakuannya itu ditegur oleh pekerja wanita berkenaan sehingga menyebabkan lelaki warga emas itu marah.

Marah apabila ditegur, lelaki berkenaan bertindak menabur lagi kulit kuaci tersebut sekitar gerabak.

Dengan nada suara yang tinggi, dia mengarahkan pekerja wanita tersebut menyapu kulit kuaci yang ditaburnya. Setelah itu, dia kembali duduk di tempat duduknya.

Sudahlah makan kuaci dibuangnya kulit merata-rata kemudian melenting apabila ditegur. Umur sudah senja tetapi perangai seperti kanak-kanak. –KLICK.MY