Sensasi Terkini Viral

Biadap, Pemandu Grabcar Tendang Penumpang

Kini grabcar memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk pergi ke sana sini berbanding teksi. Mudah dan cepat hanya dihujung jari sahaja.

Namun, dek kerana seorang pemandu grabcar ini ia telah mencalar nama baik perkhidmatan tersebut. Ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kejadian di mana seorang pemanda grabcar bersikap kurang ajar dengan penumpang, menjadi tular di laman sosial.

Insiden itu telah diceritakan sendiri oleh mangsa dan dia juga sempat merakam kejadian berkenaan. Rata-rata netizen mengecam pemandu teksi tersebut.

Nasib baik penumpang wanita ini sempat merakam kejadian tersebut. Sekurang-kurangnya dia ada bukti kebiadapan pemandu berkenaan.

Berikut adalah apa yang diceritakan oleh mangsa:

16/5/2017 . Sepanjang dok mai keja naik grabcar , harini paling spoil sekali .

First sekali , order grabcar , tunggu lebih kurang 4minit . Masuk masuk ja dalam kereta , driver dh mengamuk tanya kenapa aku x tunggu dekat traffic light .

Aku cakap , semua penduduk flat ni bila naik grabcar akan tunggu depan gate , bukan dkt luar traffic light .

Tengah drive pun dia boleh hon kereta tu kereta ni . Bawak mmg macam org dh tak betul -‘-

Then dekat nak sampai , pelik kenapa dia drop dekat tepi . Aku tnya , saya bg location tu , you kena ikut location tu . Dia boleh jawab ‘ BAYAR FARE RM4 LAGI MAU HANTAR SAMPAI SANA ‘

Eh RM4 pun duit taw . I bayar bukan x bayar .

Lagipun mmg sebelum booking harga apps dh keluar memang RM4 . So apa masalahnya .
Aku cakap nak report terus dia marah n tak bagi keluar dari kereta .

Sampai la aku dh record baru dia buka n keluaq turun dari kereta terus tendang kena peha sebab dia geram aku record video .

Tepi jalan dia boleh buat macam tu . ?

Terus call Grabcar punya centre , & centre dia suruh buat laporan & bagi number report .
So sapa sapa nak naik GRABCAR atau UBER sekali pun , hati2 jelaaa .

Serik dh aku kena harini .
Sakit hati + gerammmm . ?

Susulan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis dan juga mengadu kepada Grabcar Centre.

Mungkin apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran. Buat pemandu, sikap tersebut memang tidak patut dilakukan. Manakala buat penumpang pula, lain kali berhati-hati dan perlulah bersikap bertolak ansur.-KLICk.MY

Sumber: Pengadu