Gaya Hidup

Beyonce Akhirnya Dedah Wajah Anak Kembar Selepas Setahun Kelahiran

BUKAN mudah artis ternama antarabangsa berkongsi gambar anak mereka yang masih kecil di media sosial.

Seperti penyanyi terkenal Beyonce, selepas setahun melahirkan sepasang bayi kembar, barulah dia berkongsi gambar anak-anaknya untuk tatapan peminat di Twitter.

Menerusi gambar itu, Beyonce dilihat sedang memangku pasangan kembar itu, Rumi dan Sir.

Gambar berkenaan diambil ketika penyanyi itu bersama keluarganya sedang bercuti di Eropah baru-baru ini.

Perkongsian itu mengejutkan peminatnya kerana Beyonce jarang berkongsi mengenai keluarganya di media sosial kerana ia adalah perkara peribadi untuknya.

Beyonce dan suami, Jay-Z turut mempunyai seorang anak perempuan, Blue Ivy Carter yang kini berusia enam tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.