Hiburan Terkini

Erma Fatima Minta Suami Betty Rahmad Khatam Alquran

MINGGU lalu berlangsungnya perkahwinan adik bongsu kepada dua primadona tanah air Erma Fatima dan Umie Aida iaitu Betty Rahmad dengan pasangan pilihan hatinya Ardy Damis.

Majlis pernikahan dan persandingan mereka dihadiri ramai rakan selebriti tanah air termasuk sahabat baik mereka Nora Danish dan suaminya Nedim.

Dengan sekali lafaz Betty, 36, sah menjadi isteri kepada Damis, 31, di sebalik kemeriah majlis itu, satu yang menarik perhatian ramai adalah ‘mahar’ perkahwinan Betty ditetapkan oleh kakak sulungnya Erma iaitu senaskhah Alquran yang perlu dikhatamkan oleh pengantin lelaki itu sendiri.

Umie Aida berkongsi kisah di sebalik mahar itu dengan memuat naik status menjelaskan permintaan Erma dibuat pada majlis pertunangan adik mereka tahun lalu.

Katanya, tujuan Erma berbuat demikian untuk melihat kesungguhan Damis dalam menjadikan Betty isterinya serta sebagai persediaan lelaki itu menjadi suami kepada adik bongsu kesayanyan mereka.

Betty kemudian turut berkongsi perasaannnya sebelum bersetuju bernikah dengan Adam dan bagaimana Adam bersetuju dengan mahar dan syarat dikenakan oleh Erma.

Perkongsian itu mendapat respon positif netizen yang tersentuh hati dengan permintaan Erma yang disifatkan sebagai amat bermakna.

Ini pula ucapan yang lahir dari hati seorang kakak yang memelihara adiknya sejak kecil, pesanan Erma buat Damis ini pasti buat netizen menitiskan air mata.

Swipe left ?? (Full video on my youtube -link in bio) Beautiful speech by my sister. Dia lah kakak, dia lah ibu dan dia lah bapa kepada saya. Dia yang dengan rela hati memikul tanggungjawab sebagai kakak sulung dan membesarkan saya dari sekolah rendah sampai ke college. Segala makan, pakai, sekolah saya dia yang tanggung bagi meringankan beban ibu bapa saya. Dia juga yang paling excited bila tahu saya nak kahwin. Kalau ikutkan dia punya excited, sampai 3-4 reception dia nak buat. Sampai ada gaduh jugak la kitorang ? Tapi Alhamdulillah dia menghormati keputusan saya untuk buat majlis yg ringkas & combine nikah dan resepsi sekali jalan . Along, terima kasih mendidik & membesarkan Bett hingga menjadi seorang manusia. Kuat & berdikari sepertimu. Sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan. Terima kasih juga atas permintaan ‘mahar’ yang telah membuka jalan untuk Damis jadi lebih baik dari sebelum ini @ermafatima . Kak umi, terima kasih kerana sentiasa menjadi kawan baik ku dari dulu sampai sekarang. Tempat ku mengadu & berkongsi rasa. Dia juga selalu jadi orang tengah yang pandai selesaikan masalah. Terima kasih juga kerana mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positive & bersangka baik @umieaida9 . Syukur YaAllah dikurniakan 2 orang kakak yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Seorang ibu yang berhati mulia. Dan 3 orang abang yang sempoi & anti-social (memang susah nak bergambar dengan dorang) . Dan ku dapat rasakan arwah bapak bangga & happy tengok kita masih bersatu hingga saat ini . Semoga perkahwinan kami diberkati dengan berkat restu dari keluarga yg sangat saya sayangi. Sayang semua sangat sangat ❤ . Love, Your so-not-little-sister-anymore ? #bettyanddamis Video by @illusioniststudio

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Pastinya sebagai kakak Erma mahukan yang terbaik buat adiknya apatah lagi Erma sendiri pernah mendirikan rumah tangga dan pastinya nasihat dan pesanannya datang dari pengalaman hidupnya.

Semoga rumah tangga dibina pasangan ini berada di bawah rahmat Allah selalu dan kekal hingga ke syurga. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.