Hiburan

Berpakaian Seksi, Netizen Saran Raja Ilya Terima Sahaja Lamaran Marvel

PASTI anda masih ingat sebelum ini Raja Ilya pernah memberitahu dia telah menolak tawaran membintangi sebuah filem Marvel kerana ada babak yang bertentangan dengan Islam.

Berita itu bukan sahaja mengecewakan pelakon itu sendiri tetapi juga netizen. Yelah, siapa tak bangga kalau ada anak Malaysia yang berjaya membintangi filem Marvel yang terkenal di seluruh dunia itu.

Sungguhpun begitu, ramai juga netizen yang bertindak menyindir Raja Ilya dengan pelbagai sindirian kerana mereka tidak percaya dengan alasan itu.

Isu itu kemudiannya senyap sehinggalah kelmarin Raja Ilya memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia sedang bersenam dengan memakai baju berwarna merah yang kelihatan seksi.

Terkilan dengan pakaian yang dipakai oleh Raja Ilya, netizen mempersoalkan mengapa Raja Ilya menolak tawaran Marvel atas alasan menjaga agama sedangkan gambar yang dimuat naik juga memberi implikasi yang sama.

Pelbagai kecaman dilemparkan kepada pelakon ini kerana berpakaian seperti itu.

Namun, Raja Ilya bertindak mendiamkan diri. Mungkin tidak mahu memperbesarkan isu tersebut. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.