Gaya Hidup Selebriti Sensasi Terkini

Ditegur Bergambar Depan Lambang Salib, Ogy ‘Sekolahkan’ Netizen

ADA sahaja yang tidak kena di mata para netizen, kadangkala perkara yang kecil pun mahu diperbesarkan.

Pelakon terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy baru-baru ini berada di Perth, Australia kerana terlibat dengan penggambaran sebuah drama, bersama beberapa pelakon lain.

Dia kemudiannya memuat naik sekeping gambar di Instagram berlatarbelakangkan simbol salib dengan niat mahu berkongsi pengalaman ketika berada di sana.

Namun lain pula jadinya apabila gambar tersebut mendapat kecaman dan teguran daripada netizen.

Mereka kurang senang apabila Ogy bergambar berlatarbelakangkan salib. Teguran itu mendapat respon daripada pelakon senior ini.

Menurut Ogy, akidahnya sedikit pun tidak terpesong dengan bergambar di situ.

“Apa yang kurang elok? Tak tergugat pun iman saya. Tak berpaling pun saya daripada agama Allah. Jadi, apa masalah awak ni? Tak elok bagi awak jangan tengok. Nanti tak pasal-pasal awak berdosa kerana berfikiran yang bukan-bukan terhadap saya,” tulisnya di ruangan komen.

Elok-elok Ogy nak berkongsi pengalaman di tempat orang, terus jadi medan perbalahan.

Betul cakap Ogy, tidak tergugat pun iman seseorang kalau setakat bergambar di tempat seperti itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen