Sensasi Terkini Viral

Berebut Petak Parkir, Wanita Tunjuk Jari Tengah Dan Baling Kasut

Tular sejak semalam sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang wanita mengamuk berebut petak parkir.

Rakaman tertsebut telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Ann di Facebook. Menurut Ann, dia dan kawan-kawannya telah dibuli oleh satu keluarga gara-gara berebut petak parkir.

Tambahnya lagi, dia sudah lama menunggu di hadapan petak parkir tersebut dan sudah memberi isyarat untuk masuk namun tiba-tiba kereta keluarga berkenaan masuk tanpa teragak-agak.

Dia pun menurunkan cermin tingkap untuk memberitahu hal berkenaan. Walaubagaimanapun dia terkejut kerana tindak balas keluarga berkenaan yang bersikap biadap dan sombong. Ann diminta untuk mencari petak parkir yang lain.

Kemudian keadaan menjadi semakin tegang, seorang wanita daripada keluarga berkenaan tidak dapat menahan marah lalu menunjukkan jari tengah kepada Ann dan rakan-rakan yang berada di dalam kereta. Ann tidak melawan sebaliknya merakam situasi tersebut.

Mungkin marah aksi mereka dirakam, wanita tersebut mula menanggalkan kasut dan membalingnya ke kereta Ann. Kemudian wanita berkenaan berjalan tanpa memakai kasut.

Rata-rata netizen memberi respon yang berbeza. Ada yang tidak mahu insiden ini dikaitkan dengan perkauman. Ada juga yang tidak mahu menuduh siapa yang bersalah atau siapa yang tidak bersalah kerana mereka tidak berada di tempat kejadian.

Apa-apapun dalam bulan Ramadan yang mulia ini harap masing-masing dapat bersabar. Janganlah kerana tidak tahan sabar dan marah, kita melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri. –KLICK.MY

Sumber: The Coverage

Tag