Sensasi Terkini Viral

Berani, Tuan Kedai Gagalkan Cubaan Merompak

Tindakan berani tuan kedai di Chinatown, Milan, Itali menggagalkan cubaan merompak oleh dua orang penjenayah mendapat pujian daripada netizen.

Kedai yang dimiliki oleh pasangan suami isteri ini telah dimasuki oleh dua penjanayah yang mahu merompak tatkala mereka masih ada di kedai..

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian tersebut. Malah video ini menjadi tular di China.

Penjenayah yang memakai topeng muka kelihatan memasuki kedai dan cuba memeras ugut tuan kedai supaya membuka laci wang tunai.

Namun, geram dengan ugutan tersebut tuan kedai dengan cepat ke belakang dan mengambil semburan lada dan menyembur kea rah perompak. Salah seorang daripada perompak melarikan diri manakala yang seorang lagi cuba melawan.

Namun akibat semburan lada tersebut, perompak tersebut tidak dapat melihat dan kepedihan. Peluang itu digunakan oleh tuan kedai untuk memukul dan melemparkannya ke atas kaunter.

Tidak lama kemudian, isteri tuan kedai datang dan menendang kepala perompak yang terbaring di atas kaunter sambil kepalanya tergantung ke bawah.

Selepas itu, datang pula seorang lelaki kemungkinan pekerja atau pelanggan membantu menangkap perompak tersebut. Tidak diketahui sama ada perompak tersebut dibawa ke balai polis atau tidak.

Apa-apapun syabas diucapkan kepada tuan kedai kerana berani dan berjaya menangkap perompak tersebut.

Kepada tuan kedai yang lain, jangan lupa untuk menyimpa penyembur lada di tempat yang mudah dicapai apabila berlaku saat-saat kecemasan sepert ini.-KLICK.MY

Tag