Sensasi Terkini Viral

Berang, Notis Amaran Untuk Pencuri Minyak Motor!

Tidak tahan  minyak motosikalnya sering dicuri, seorang wanita bertindak menampal notis amaran di motornya. Kejadian berlaku di Pulau Tioman, Pahang di mana sering berlaku kes kecurian minyak petrol daripada motosikal.

Namun, caranya menampal notis berkenaan menarik perhatian pelancong penduduk tempatan yang melalui kawasan itu.

Menurut wanita berkenaan, Norhasnita Nazri yang berasal dari Kampung Air Batang, dia bertindak sedemikian kerana minyak motosikalnya kerap dicuri.

Katanya lagi, kejadian itu menyusahkannya kerana motosikal itu digunakan untuk menghantar dan menjemput anaknya yang bersekolah di Kampung Tekek.

Semoga dengan notis amaran tersebut, kejadian mencuri minyak petrol ini tidak berlaku lagi dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.-KLICK.MY

Sumber: Sinar Online