Sensasi Terkini Viral

Berang, Isteri Tenyeh Cili Pada Kemaluan Kekasih Suami

Tidak tahan dengan perangai suaminya yang curang dan mempunyai kekasih gelap, seorang isteri bertindak menyerang wanita tersebut.

Dia menyerang dengan menenyeh cili pada kemaluan wanita simpanan suaminya itu. Kejadian tersebut berlaku di Vietnam pada April lalu.

Kecurangan suaminya mula disedari dan sejak itu dia mengekori dan mengintip setiap gerak geri suaminya itu sehinggalah sampai ke sebuah hotel.

Akhirnya dia berjaya menangkap suaminya bersama perempuan lain berdua-duaan di dalam bilik. Kemarahan yang sudah sampai ke kemuncak, menyebabkan si isteri mengamuk dan menendang muka wanita tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya mengambil cili yang sudah awal-awal lagi dibawanya dan menenyeh serta melumurkan pada kemaluan wanita berkenaan dengan menggunakan sarung tangan.

Akibat sakit, wanita berkenaan menangis dan merayu agar tidak diperlakukan sedemikian. Manakala si suami menyuruh isterinya berhenti namun tidak diendahkan.

Adegan itu tamat setelah orang ramai mula datang melihat apa yang berlaku. Gambar-gambar insiden itu tersebar di laman sosial dan rata-rata netizen tidak bersetuju apa yang dilakukan oleh si isteri.

Menurut mereka, sepatutnya suaminya yang perlu diajar cukup-cukup dan bukannya perempuan tersebut.

Pasti selepas ini mangsa serik dan fobia untuk bermain cinta dengan suami orang. Masing-masing ada pendapat sendiri mengenai tindakan si isteri tersebut.-KLICK.MY