Jenayah

Berang Dituduh Ada Perempuan Lain, Lelaki Tetak Isteri Hingga Mati

GARA-GARA berang dituduh mempunyai hubungan dengan wanita lain, seorang suami disyaki menetak isterinya hingga mati di Ladang Pintasan, Kinabatangan.

Gambar mangsa yang berlumuruan darah, kesan tetakan di kepala muka dan tangan, tular di media sosial semalam.

Menurut sumber, suspek tidak dapat mengawal marah hingga hilang pertimbangan dan bertindak menetak isterinya apabila ditanya mengenai perkara itu.

“Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa,” katanya.

Mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Kinabatangan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata kes itu selesai selepas suspek berjaya ditahan jam 10.30 pagi semalam.

Menurut A.Sahak lagi, dalam kejadian malam itu, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran, namun penganggur itu dapat meloloskan diri, dan hanya ditangkap hari ini.

“Siasatan awal mendapati pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira pukul 8.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

A.Sahak berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –KLICK.MY

Sumber: Berita Harian Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.