Luar Negara Semasa

Berang Anak Berubah Sikap, Lelaki Gergaji Konsol Playstation

GARA-GARA berang dengan perubahan sikap anak lelakinya, seorang kontraktor binaan telah memotong konsol Playstation milik anaknya itu menggunakan sebuah mesin gergaji.

Simon Shaw dari perkampungan Saddleworth, berhampiran Manchester, dilihat senyum sinis ketika memotong konsol bernilai £400 (RM2,100) itu dalam rakaman video yang dikongsi di Facebook.

“Ini gergaji TS410 saya dan ini Playstation anak lelaki saya yang baru diambil dari dalam biliknya. Benda ini sudah menjadikan anak saya remaja bermasalah dan saya sudah tidak tahan,” katanya dalam video tersebut.

Sebilangan pengguna media sosial memberi gelaran ‘bapa terbaik’ kepadanya tetapi ada juga tidak bersetuju dengan kaedah Shaw itu khususnya memusnahkan sebuah permainan mahal yang sepatutnya boleh didermakan kepada badan amal.

“Negara kita kini berdepan masalah dan pusat derma makanan juga masih mengharapkan sumbangan awam. Playstation itu mungkin dapat memeriahkan sambutan Krismas sebuah keluarga miskin,” tegur seorang pengguna media sosial. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.