Fesyen Hiburan Selebriti Semasa Sensasi Viral

Bengang Dituduh Pakai Baju Tiruan, Awal Ashaari Kemuka Resit

Susah betul menjadi artis terkenal di Malaysia ni ya? Segala sudut `diteropong’ oleh peminat dan netizen hatta jenama baju dan keaslian sesuatu pakaian atau barangan digunakan oleh selebriti boleh menjadi persoalan.

Awal Ashaari salah seorang selebriti yang menjadi mangsa terkini kecaman netizen berkenaan kemeja-T jenama Supreme yang dipakainya ketika acara siaran langsung Melodi di TV3 Ahad lalu.

Ramai netizen meninggalkan komen baju yang dipakai Awal tidak asli dan mengatakan Awal selaku ikon fesyen di negara ini tidak sepatutnya berbuat begitu.

 

Khabarnya jenama Supreme tidak pernah mengeluarkan logo besar seperti yang dipakainya.

Bengang dengan tuduhan melulu itu, pengacara itu tampil mengemukakan bukti pembelian baju berharga RM612 tersebut di Instagramnya. Baju itu merupakan hadiah daripada seseorang kepadanya.

Boleh tahan mahal juga harga untuk sehelai kemeja ya.

“Salam, saya mendapat banyak komen negatif tentang kemeja-T Supreme yang saya pakai di Melodi TV3 semalam, ini merupakan pemberian seseorang yang telah membelinya secara online dan saya telah dikritik hebat kerana memakai baju cetak rompak di kaca TV.

“Disertakan bukti pembelian yang diberikan kepada saya dan saya mengharapkan pihak @reebonzmy memberikan penjelasan mengenai isu ini secepat mungkin. Adakah ini asli, tiruan atau apa? Terima kasih,” tulisnya.

Pihak Reebonz turut membalas komen Awal itu dan mendakwa hanya menjual barangan asli sahaja dan akan menghubungi Awal segera.

Awal kemudian memuatkan pula gambarnya memakai kemeja-T pagoda dengan kapsyen seakan memerli netizen, `Pakai pagoda, takde sapa nak marah’.

Sumber : Awal Ashaari