Luar Negara Terkini

Bekas Perdana Menteri Pakistan Dibaling Kasut Oleh Pelajar

SEORANG pelajar bertindak membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, semalam.

Sharif yang disingkirkan pada tahun lalu atas tuduhan rasuah turut terkejut apabila kasut itu mengenai tepat pada bahunya ketika beliau sedang berucap di seminari di Lahore.

Perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai penghinaan utama di negara itu turut dirakamkan secara langsung oleh saluran TV tempatan.

Pelaku kemudiannya melompat ke atas pentas dan mula melaungkan slogan sebelum dia ditangkap oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Pemimpin parti pembangkang, Tehreek-e-Insaf, Imran Khan yang juga pengkritik Sharif bagaimanapun mengutuk insiden itu.

“Ini bukan cara yang betul untuk menyatakan pendapat anda. Saya mengecam sesiapa saja yang melakukannya,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sehari selepas seorang individu melemparkan dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif yang merupakan pembantu rapat Sharif ketika beliau sedang berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan.—KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.