Gaya Hidup Sensasi Terkini

Bekas Penyanyi In-Team, Suhaimi Saad Dikecam Buang Ubat Kerajaan

BEKAS penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang juga suami kepada Ina Naim baru-baru ini dikecam teruk oleh netizen.

Sebelum ini Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan anti vaksin dan tidak menyediakan barangan elektrik di rumah untuk kegunaan keluarga.

Kritikan mula diterima suhami apabila dia berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan kerana sakit perut.

Namun apa yang membuatkan ramai yang tidak berpuas hati adalah apabila dia membuang ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital itu ke dalam tong sampah.

“Di bilik farmasi, kami diberi 3 jenis ubat. Cecair, pil dan ubat sumbat paksa berak melalui dubur. Disebabkan SS (Suhaimi Saad) memang tak ada masalah tu, jadi SS hanya hadiahkan ubat ubat itu kepada encik Dust Bean (merujuk kepada tong sampah)”

“Lagipun SS memang tak makan ubat hospital. Pergi check untuk diagnose penyakit saja. Balik ke rumah, SS togok beberapa sudu minyak zaitun. Alhamdulillah sampai hari ini sakit tu belum kembali lagi,” tulisnya di Facebook.

Gara-gara kenyataannya itu, pelbagai kecaman diterimanya. Ada juga yang mengatakan dia membazir sedangkan ramai lagi di luar sana memerlukan ubat.

Namun Suhaimi membalas komen dengan menyatakan bahawa dia telah pun menolak untuk menerima ubat tersebut.

Melalui komen tersebut itu juga ramai yang berkongsi dan menyatakan bahawa ubat yang tidak dikehendaki boleh dipulangkan semula. Ternyata perkara yang terjadi ini boleh menjadi pengajaran buat orang ramai.

Menurut Suhaimi, dia bukannya anti vaksin atau ubat hospital. Namun dia lebih selesa mengamalkan pemakanan sunnah, perubatan homeopati dan hospital Islam.

Pilihan terletak kepada individu untuk mendapatkan rawatan di mana sahaja. Mungkin silap Suhaimi apabila dia berkongsi semua itu di media sosial dan akhirnya menjadi kecaman. –KLICK.MY

Sumber: Oh! Bulan