Gaya Hidup

Bekas Pengacara TV3, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

BEKAS pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi selepas menunaikan solat Subuh.

Berita kematian itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman.

Allahyarham dikatakan mempunyai urusan kerja di Kota Kinabalu. Pihak keluarga masih belum dapat mengesahkan punca kematian beliau.

Pada tahun lalu Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Berkaitan: Mahadzir Lokman `Bertemu’ Arwah Ibu Bapa & Adik Ketika Koma

Ketika ini keluarga personaliti itu sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam bidang penyiaran, Mahadzir memulakan kerjayanya di TV3 dan diberi kepercayaan menjadi penyampai berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

Beliau juga pernah menjadi pengacara hiburan Melodi.

Selepas meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran, Allahyarham membuka syarikat perhubungan awam dikenali sebagai Dale Lokman Comunications dan menjadi juruacara sambilan sehingga hayatnya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.