Gaya Hidup Politik Semasa Terkini

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia

TAN Sri Sanusi Junid telah kembali ke rahmatullah sebelum Subuh pagi ini di kediamannya di Pantai Dalam.

Beliau meninggal dunia pada usia 75 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan kemudian menjadi Menteri Pertanian pada 1986.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 1996 hingga 1999.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang beriman. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.