Hiburan Sensasi Terkini

Bebas Hutang, Lancar Baca Al-Quran Jika Mahu Jadi Suami Zizi Kirana

KONTROVERSI dan Zizi Kirana tidak dapat dipisahkan. Walaupun sering menjadi kecaman netizen kerana berpenampilan seksi, bekas peserta D’Academy Asia (Musim 2) yang mewakili Malaysia ini tidak mudah melatah.

Masih lagi berstatus solo, pasti ramai lelaki di luar sana yang ingin menyunting bekas penyanyi kumpulan The Fabulous Cat ini.

Namun, bukan mudah untuk menawan hati wanita berusia 32 tahun ini. Tak percaya, cuba anda baca syarat-syarat yang diletakkan oleh Zizi sendiri ini:

Menerusi InstaStory, Zizi memuat naik senarai tersebut antaranya bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Dia turut berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang beradab dan bukannya biadap, tidak mudah mengungkit selain tidak bersikap kedekut.

Kriteria lain yang ditetapkan oleh Zizi, pandai mengambil gambar agar mudah menangkap fotonya nanti.

Paling menarik dan yang terakhir, Zizi mewajibkan calon suaminya itu mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.

Zizi turut berkongsi mesej peribadi yang dihantar oleh beberapa lelaki. Ada antara mereka membatalkan hasrat untuk mencuba nasib kerana tidak sanggup memenuhi syarat terakhir itu.

Namun masih ada yang sanggup berpaling tadah demi Zizi namun penyanyi itu menolak kerana ia menunjukkan sikap tidak setia.

Ada juga pengikut yang menghantar mesej memberitahu dia adalah calon layak memenuhi semua kriteria disenaraikan Zizi namun sudah pun berkahwin.

“Alhamdulillah, jagalah sebaik-baiknya keluarga mu,” balas Zizi.

Jadi, masih ada ke lelaki di luar sana yang mahu menyambut cabaran syarat yang ditetapkan oleh Zizi ini? Peluang hanya terbuka untuk lelaki bujang sahaja! –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.