Gaya Hidup Terkini

Bayi Kembar Lahir Hanya Kepala Tanpa Badan Meninggal Dunia

‘SAYA redha dan ini kuasa Allah’, itu antara luahan seorang bapa, Nelson Ahajul 33 tahun, apabila menerima bayi kembar perempuan yang seorangnya dalam keadaan sempurna manakala seorang lagi tidak normal.

Kembar yang lahir selang masa dua minit itu, hanya dalam bentuk kepala, mempunyai rambut, serta mulut dan mata yang juga tidak sempurna.

Menurut Nelson, anak pertamanya lahir kira-kira pukul 2 pagi disusuli anak yang kedua, dua minit kemudian.

Bagaimanapun anak kedua mereka tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut.

Ketika ditemui pemberita RTM di rumahnya di Kampung Baru Batu 4 Jalan Apas Tawau, Nelson menceritakan detik kelahiran anak kembarnya.

“Kami tidak sedar, lepas tu macam kata bidankan, dia cuci dia mau tau benda tu apa, pagi baru saya tau, macam mana, kira budak juga kan,” katanya.

Menurut Nelson, sejurus selepas dilahirkan, bayi malang itu disahkan oleh imam sudah tidak bernyawa. Sehubungan itu, bayi tersebut akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.

Nelson yang merupakan warga asing itu berkata, isterinya Nurhaya Karim yang juga berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandungkan bayi berkenaan.

Kelahiran bayi kembar tersebut adalah merupakan anak yang ke sembilan dan 10 pasangan tersebut.

Katanya lagi, memandangkan kesusahan hidup, isterinya tidak pernah mendapatkan pemeriksaan dari klinik kesihatan ibu dan anak sepanjang melahirkan kesemua anak-anaknya.

Anak ke-10 lahir, bayi kembar tidak memiliki badan tersebut tular di laman sosial Facebook sejak pukul 11 pagi tadi dan kru RTM berkesempatan bertemu ibu bayi kembar berkenaan. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.