Sensasi Terkini Viral

Bayi Berambut Lebat Tarik Perhatian!

Sekali pandang pasti anda menyangka ia adalah anak patung atau pun seorang bayi yang memakai rambut palsu.

Namun, kedua-duanya adalah salah kerana ia sememangnya bayi yang mempunyai rambut lebat.

Bella Cole, adalah bayi yang berusia lapan bulan dan sering disangkakan anak patung yang dipakaikan rambut palsu.

Menurut ibunya Phillipa Rabbitts, anaknya itu dilahirkan dengan berat kurang 2 kilogram dan tiga minggu awal.

Keadaan rambut Bella yang lebat itu juga mengejutkan para jururawat di hospital kerana mereka belum lihat lagi rambut seorang bayi selebat itu.

Kalau sudah selebat ini, pasti yang bekerja keras untuk merapikannya adalah ibunya. Malah kata Phillipa dia ambil masa yang lama untuk merapi dan mengeringkan rambut anaknya itu.

Phillipa dan suaminya berharap setelah dewasa nanti berharap anaknya akan menyimpan rambut panjang ala karakter fantasi Disney, Rapunzel.-KLICK.MY