Sensasi Terkini Viral

Batu Karang Sebesar Tembikai Berjaya Dikeluarkan

Jarang ditemui batu karang yang besar kerana biasanya ia hanya sebesar batu-batu kecil sahaja. Namun, di India amat mengejutkan apabila doktor berjaya mengeluarkan batu karang sebesar buah tembikai!

Kalau yang bersaiz kecil sudah sakit apatah yang sebesar ini. Bayangkan doktor terpaksa menggunakan batang besi untuk mengeluarkan batu karang tersebut dari pundi kencing seorang pesakit.

Pesakit yang dikenali sebagai Maheshbhai Rasikbhai Patel, 49, menderita kesakitan yang teruk di bahagian abdomen sebelum dimasukkan ke hospital.

Melalui pemeriksaan X-ray, doktor terkejut selepas menemui batu karang seberat 1.4 kilogram dan berukuran 11.5cm hingga 17cm. Lebih kurang macam ketumbuhan padahal cuma batu karang sahaja.

Maheshbhai yang semakin pulih dari pembedahan berkata, kesakitan bermula pada waktu malam dan ia tidak reda untuk tempoh yang lama.

Bagi kaum lelaki jangan suka tahan kencing dan pastikan air kencing mengalir dengan baik. Punca batu karang terjadi adalah disebabkan kandungan kalsium yang tinggi dalam air kencing. Jadi, berhati-hatilah sebelum terkena.-KLICK.MY