Semasa Sensasi Terkini Viral

Baru 5 Tahun Sudah Kena Jaga Nenek & Moyang

Biasanya kanak-kanak seusia lima tahun masih lagi ralit bermain dengan rakan-rakan. Namun berbeza dengan kanak-kanak dari China ini, Wang Anna yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga neneknya.

Dia tinggal bersendirian di sebuah pergunungan di Zunyi bersama nenek dan moyangnya yang uzur.

Kisah Wang terbongkar setelah seorang wartawan di sana melawat kanak-kanak tersebut dan berjaya mengupas kisah hidupnya.

Ketika Anna berusia tiga bulan dalam kandungan, bapanya telah dipenjara, menyebabkan ibunya terpaksa tinggal bersama mertua.

Bagaimanapun, ibu Anna berkahwin semula selepas melahirkan Anna, seterusnya meninggalkan Anna bersama warga emas itu.

Kini, Anna menggalas tanggungjawab ketua keluarga termasuk memasak, mencuci dan menjaga nenk serta moyangnya.

Nenek dan moyang Anna mempunyai pelbagai penyakit dan kedua-duanya mengalami kesukaran untuk bergerak dan menghabiskan masa banyak di katil.

Apa yang hebatnya, Anna langsung tidak mengeluh membuat semua kerja berkenaan.

Wah, kanak-kanak seusia ini sudah boleh diharap dan tahu menghargai orang tua. Kita yang sudah dewasa ini adakah tahu dan mengambil berat pada orang tua? Tepuk dada tanya iman.-KLICK.MY