Luar Negara

Bar Unik Di Jepun, Menjamu Selera Sambil Lihat Sisa Buangan

SEKIRANYA anda seorang yang bukan penggeli, anda boleh cuba menjamu selera di sebuah bar sambil mleihat sisa buangan atau sampah dikumpulkan.

Namun jika sebaliknya, baik anda lupakan saja kerana ia boleh membuatkan anda termuntah dan tiada selera makan.

Kisah menarik sebuah bar di Jepun yang mengetengahkan konsep yang unik menjadi tular di media sosial.

Apa tidaknya, bar yang diberi nama ‘The Waste-Pit Bar’ itu dibina dalam sebuah pusat pengumpulan sampah di Tokyo.

Menurut Ayana Seki, Pegawai dari Pusat Musashino Clean berkata konsep sebegini diterapkan bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang mengklasifikasikan bahan sisa buangan dengan betul kepada pelanggan.

Menariknya, walaupun berlatar belakangkan sampah, bar ini masih dikunjungi ramai pelanggan sehingga ke hari ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.