Semasa

Bapa Tetak Anak Kerana Sakit Hati

Kes bapa tetak anak hingga mati ini berlaku di Mataram, Indonesia. Buat masa ini tidak diketahui apakah motif di sebalik pembunuhan kejam itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek, Ahmad Subhan, 48, bertindak menetak leher mangsa, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu mengakibatkan mangsa maut serta-merta.

Ketika disoal siasat, suspek mengatakan dia tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya dan juga keluarga.

Walaupun masih kecil, mangsa dikatakan bermulut lancang sehingga suspek malu dengan jiran-jiran.

Khabarnya juga suspek sering menjadi imam di kampungnya dan atas sebab itulah dia berasa malu dengan kelancangan anaknya itu.

Sementara menurut ibu mangsa tidak ada perilaku pelik mahupun mencurigakan suaminya itu sebelum membunuh anak bongsu mereka.

Mungkin inilah yang akan terjadi sekiranya perasaan marah itu disimpan lama-lama. Apabila ‘meletus’ ia mengakibatkan malapetaka berlaku.-KLICK.MY