Sensasi Terkini Viral

Bapa Jadi Pemandu Teksi Untuk Cari Anak Hilang

Apabila membaca kisah ini, teringat pula filem kartun, Finding Nemo di mana seekor ikan berusaha bersungguh-sungguh mencari anaknya yang terpisah di lautan luas.

Walaupun berbeza daripada segi watak dan jalan cerita, namun inti patinya tetap sama iaitu kisah seorang bapa yang berusaha keras untuk mencari anaknya yang hilang.

Kisah dari China ini sungguh menyayat hati. Seorang bapa,  Wang Mingqing, sanggup menukar kerjayanya menjadi pemandu teksi kira-kira dua tahun lalu.

Tindakannya itu adalah semata-mata mahu mencari dan menjejaki anak perempuannya yang hilang sejak 23 tahun yang lalu! Ketika itu anak perempuannya baru berusia 3 tahun.

Punca kehilangan anaknya akibat kesibukan mereka berniaga di jalanan. Saat begitu sibuk melayan pelanggan yang datang, tanpa disedari anak mereka telah hilang.

Puas mencari dan berusaha namun anaknya gagal ditemui. Pada tahun 2015, barulah dia terfikir kerjaya sebagai pemandu teksi meningkatkan peluangnya untuk bertemu dengan anaknya yang hilang.

Bayangkan setelah berpuluh tahun, Wang masih lagi merindui dan mengingati anaknya. Peluang menjadi pemandu teksi digunakan sebaik mungkin dengan mengedarkan risalah mengenai anaknya itu.

Setakat ini, usahanya itu masih belum membuahkan hasil. Biarpun sudah lebih dua dekad anaknya hilang, Wang masih belum berputus asa. Sedihkan?-KLICK.MY

Tag